English

Muis has received feedback indicating there is a message on social media stating that Muis will be conducting exhumation of remains for Block 6, 7 and 8 at Choa Chu Kang Muslim Cemetery. The message also claims that registration is currently open, and then directs the public to register at 6359-1199.

This message is not true.

When an exhumation project is about to begin, the National Environment Agency would issue a notice on exhumation in the local newspapers. They would give sufficient time for the registration. In the previous exercise, the registration period was about 1 year. The next-of- kin is required to register if they want the remains of their loved one to be reinterred. The registration centres would be indicated in the newspaper.


Muis has not received any notification of any upcoming exhumation exercise.


For the public’s information, the exhumation office located beside Masjid Pusara Aman is closed and not manned, and will remain so until an exhumation exercise is under way.

We thank you for the taking the time to read our clarification, and encourage you to help clarify should you come across the misleading message on social media.

Malay

Muis telah menerima maklum balas bahawa adanya mesej di media sosial mengatakan Muis akan memulakan projek pemindahan kubur-kubur di Blok 6, 7 dan 8 di Pusara Aman. Dinyatakan juga pendaftaran telah dibuka dan orang awam boleh menelefon ke talian 6359-1199.

Mesej ini tidak benar.

Apabila ada projek pemindahan kubur hendak dilakukan, NEA akan menyiarkan notis di akhbar-akhbar tempatan. NEA akan memberi masa yang mencukupi untuk urusan pendaftaran kepada keluarga yang terlibat. Proses yang sama sebelum ini, memperuntukan masa pendaftaran selama setahun. Keluarga terdekat diminta membuat pendaftaran bagi memindahkan mayat-mayat yang ingin dituntut. Tempat pendaftaran akan diumumkan dalam notis yang sama di akhbar.

Setakat ini Muis tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada NEA mengenai pemindahan kubur tersebut.

Untuk pengetahuan, pejabat urusan pemindahan kubur bersebelahan Masjid Pusara Aman telah ditutup sehingga projek pemindahan kubur bakal dijalankan.

Kami berterima kasih kerana memberi peluang kepada Muis untuk menjelaskan duduk perkara sebenar. Diharap Tuan dapat membantu berkongsi maklumat ini agar masyarakat umum tidak terkeliru.