Soalan yang sering dikemukakan2017-09-26T15:38:48+00:00

  • Semua kubur Islam di Blok 6, 7*, 8, 9, 19 & 20.
  • Kubur-kubur yang terletak di luar blok 6, 7*, 8, 9, 19 & 20 boleh juga digali sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Mayat sudah dikebumikan sekurang-kurangnya 15 tahun pada 26 Sep 2018
    • Tuntutan tambahan mayat harus mempunyai kaitan dengan jenazah dari kubur di blok 6, 7*, 8, 9, 19 & 20 seperti gambaran berikut;

*Penggalian di blok 7 melibatkan sebahagian kubur (sila lihat lokasi di soalan 12)

 

Di mana pendaftaran dibuat?

  • Di Masjid Pusara Aman, 11 Lim Chu Kang Road mulai 26 Sep 2017.
  • Mulai 10 Okt 2017, waris boleh membuat temujanji secara online di pusara.sg. Waris perlu hadir pada tarikh dan waktu yang dipilih.
  • Pendaftaran dan pengesahan akan dilakukan pada hari yang sama, jika cuaca mengizinkan.
  • Waris diberi tempoh 1 tahun untuk mendaftar. Ia akan ditutup pada 25 Sep 2018.

Apa yang perlu dibawa?

  • Kad Pengenalan (NRIC)
  • Dokumen-dokumen yang relevan seperti Sijil Pengebumian, Kematian atau lain-lain

Bila waktu operasi pejabat?

  • Isnin – Khamis:
    • 0830 – 1230  – datang sendiri
    • 1330 – 1630  – temujanji secara online
  • Jumaat:
    • 0830 – 1230  – datang sendiri
    • 1430 – 1630  – temujanji secara online
  • Sabtu:
    • 0830 – 1200  – temujanji secara online
  • Ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum
  • Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran, waris boleh hubungi kami di talian 6238 4504

Bagaimana mengelak beratur panjang?

  • Buat temujanji secara online di pusara.sg
  • Waris juga boleh memantau kesesakan di pejabat pendaftaran secara online

 

  • Tiada pembayaran bagi penggalian kubur di Blok 6, 7*, 8, 9, 19 & 20.
  • Manakala bayaran $80 (sebelum GST) akan dikenakan bagi setiap mayat yang dituntut daripada kubur yang tidak terjejas.
  • Waris perlu mendapatkan kebenaran dari ahli keluarga sebelum membuat tuntutan.
  • Proses pendaftaran dan pengesahan mengambil sekurang-kurangnya setengah jam, tidak termasuk masa menunggu dan perjalanan.
  • Setelah selesai pendaftaran, pihak waris akan diberitahu mengenai tarikh penggalian yang dijadual bermula 26 Sep 2018. Pihak waris perlu menyaksikan penggalian tersebut.

 

  • Waris dinasihatkan untuk menghubungi talian pejabat pendaftaran bagi pertanyaan dan pengesahan tarikh penggalian.

 

  • Waris dikehendaki memberi notis bertulis atau datang ke pejabat di Masjid Pusara Aman selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengebumian. Anda juga boleh hantar e-mel ke info@pusara.sg

 

  • Batu nisan akan dibuang kecuali waris mahu mengambilnya.

 

  • Kubur-kubur tersebut akan disenaraikan sebagai ‘kubur yang tidak dituntut’.
  • Ia kemudian akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang.

 

  • Kubur-kubur akan digali sehingga ke liang lahad untuk mendapatkan semua tinggalan mayat. Tinggalan mayat akan dikafankan dan dikebumikan semula.
  • Tiada keperluan agama untuk membuat bacaan Talkin bagi tinggalan mayat.

 

  • Tinggalan mayat akan segera dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang selepas penggalian dan dikebumikan semula mengikut garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA):
    • 8 mayat bagi setiap plot bagi mayat yang dituntut
    • 16 mayat bagi setiap plot bagi mayat yang tidak dituntut

 

Waris akan dimaklumkan berhubung blok dan plot nombor.

 

  • Waris digalakkan untuk hadir ketika penggalian dilakukan.
  • Kesemua tinggalan mayat akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang pada hari yang sama penggalian dilaksanakan.
  • Waris boleh menyaksikan pengebumian bagi tinggalan mayat yang telah digali.

 

  • Waris yang bercadang untuk mengebumikan semula tinggalan mayat di luar Singapura boleh memohon bagi Permit Keranda untuk dieksport, di alamat berikut:

Port Health Office
National Environment
4545 Jalan Bukit Merah Road
Singapore 159466

Untuk pertanyaan, sila hubungi 6222 2585

  • Perbelanjaan untuk mengeksport tinggalan mayat akan dibiayai oleh waris.