
PENDAFTARAN DAN PENGEBUMIAN SEMULA KUBUR
DI BLOK 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22
TANAH PERKUBURAN ISLAM CHOA CHU KANG (FASA 8)



Kubur Utama (Kubur Yang Terjejas)
- Penuntut haruslah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga yang dikebumikan dalam Blok 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22.
- Dapatkan persetujuan daripada anggota keluarga.
- Kos penggalian dan pengebumian semula akan ditanggung oleh Kerajaan.


Kubur Tambahan (Kubur Yang Tidak Terjejas)
- Di luar Blok 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22.
- Tempoh pengebumian minima selama 15 tahun sebelum tarikh tutup pendaftaran.
- Mayat Tambahan haruslah mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mayat Utama berdasarkan ilustrasi di bawah.
- Yuran yang tidak akan dikembalikan sebanyak $80 (sebelum GST) bagi penggalian setiap mayat akan dikenakan.
- Tiada tuntutan tambahan yang akan dijalankan jika terdapat anggota keluarga yang telah menyatakan secara bertulis kepada Muis bahawa dia tidak bersetuju dengan penggalian tersebut.



Pendaftaran & Pengesahan Kubur
- Bermula pada hari Isnin, 13 September 2021, 9.00 pagi, anggota keluarga boleh mendaftar secara dalam talian dengan menggunakan Singpass menerusi www.pusara.sg untuk menuntut sisa jenazah waris terdekat mereka.
- Berdasarkan langkah keselamatan COVID-19, pendaftaran secara dalam talian digalakkan.
- Penuntut yang tidak dapat mendaftar dalam talian boleh membuat janji temu menerusi www.pusara.sg untuk mengunjungi Pejabat Penggalian Tanah Perkuburan Islam (MCEO) yang terletak di 7 Muslim Cemetery Path 3, S(718773) (sebelah Masjid Pusara Aman).
- Pengesahan kubur akan dilakukan dengan mengenal pasti gambar yang akan disediakan di portal tersebut sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran dalam talian.
- Penuntut juga boleh membuat janji temu untuk pengesahan fizikal di MCEO jika perlu.
- Hanya keluarga yang mempunyai janji temu melalui sistem pendaftaran dalam talian atau telefon di 6238 4504 boleh mengunjungi MCEO.
- Bagi menuntut Kubur Tambahan (kubur yang tidak terjejas) dengan Mayat Utama, janji temu di MCEO diperlukan untuk pengesahan fizikal dokumen dan pembayaran yuran. Janji temu boleh dibuat secara dalam talian menerusi www.pusara.sg.
- Setelah pendaftaran berjaya, emel dan SMS pengesahan dengan arahan selanjutnya akan diberikan kepada penuntut.
- Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 September 2022.
- Pejabat MCEO ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Proses Penggalian & Pengebumian Semula
- Penuntut akan diberitahu melalui emel dan SMS apabila tarikh penggalian semakin hampir.
- Penuntut digalakkan untuk menyaksikan proses penggalian dan pengebumian semula.
- Jika penuntut tidak dapat menyaksikan proses tersebut, sila maklumkan kepada Muis dua minggu lebih awal sebelum tarikh penggalian melalui talian 6238 4504 atau emel ke info@pusara.sg.
- Muis perlu diberitahu secara bertulis mengenai sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon.
- Sisa jenazah akan segera dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang untuk pengebumian semula.
- Penuntut akan dimaklumkan tentang lokasi sisa jenazah yang dikebumikan semula (termasuk nombor blok dan plot kubur baru).
- 8 sisa jenazah dalam satu plot bagi kubur yang dituntut.
- 16 sisa jenazah dalam satu plot bagi kubur yang tidak dituntut.