PENGGALIAN KUBUR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM CHOA CHU KANG (FASA 8)

BLOK 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22

  • Semua kubur Islam di Blok 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22 (Mayat Utama) akan digali selepas tarikh tutup pendaftaran.
  • Kubur-kubur yang terletak di luar Blok 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22 (Mayat Tambahan) boleh juga digali sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Mayat sudah dikebumikan sekurang-kurangnya  15 tahun sebelum tarikh tutup pendaftaran.
    • Mayat Tambahan harus mempunyai kaitan dengan Mayat Utama dengan cara berikut:

  • Pendaftaran telah tamat pada tarikh 13 September 2022

  • Pengesahan kubur akan dilakukan dengan mengenal pasti gambar yang akan disediakan di portal sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran dalam talian. Penuntut juga boleh membuat janji temu untuk pengesahan fizikal di MCEO jika perlu.
  • Hanya keluarga yang mempunyai janji temu melalui sistem pendaftaran dalam talian atau telefon di 6238 4504 yang boleh mengunjungi MCEO.
  • Bagi menuntut Kubur Tambahan (kubur yang tidak terjejas) dengan Mayat Utama, janji temu di MCEO diperlukan untuk pengesahan fizikal dokumen dan pembayaran yuran. Janji temu boleh dibuat secara dalam talian di www.pusara.sg
  • Setelah berjaya mendaftar, emel dan SMS pengesahan dengan arahan selanjutnya akan diberikan kepada penuntut.
  • Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 September 2022.
  • Slip Pengesahan Kubur Muslim (Muslim Grave Confirmation Slip) untuk kubur yang terjejas dan tidak terjejas yang menyatakan nama jenazah si mati dan lokasi kubur (No. Blok dan Plot) boleh diminta tanpa caj dari NEA di Pejabat Pusara Choa Chu Kang (Tel: 6793 7428)

Isnin – Khamis
8.30 pagi to 12.30 tengahari
1.30 petang to 4.30 petang

Jumaat
8.30 pagi to 12.30 tengahari
2.30 petang to 4.30 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum – Tutup

  • Tiada pembayaran dikenakan bagi penggalian kubur yang terjejas dalam Blok 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 18, 21 & 22.
  • Untuk setiap kubur tambahan, yuran yang tidak akan dikembalikan sebanyak $80 (sebelum GST) bagi penggalian setiap mayat akan dikenakan.
  • Tiada tuntutan tambahan akan dibuat jika terdapat anggota keluarga yang menyatakan secara bertulis kepada Muis bahawa dia tidak bersetuju dengan penggalian tersebut.
  • Penuntut dinasihatkan untuk menghubungi MCEO untuk membuat pertanyaan dan mengesahkan tarikh penggalian.
  • Penuntut akan diberitahu melalui emel dan SMS apabila tarikh penggalian semakin hampir.
  • Penuntut digalakkan untuk menyaksikan proses penggalian dan pengebumian semula.
  • Jika penuntut tidak dapat menyaksikan proses penggalian dan pengebumian semula, sila maklumkan kepada Muis dua minggu lebih awal sebelum tarikh penggalian melalui talian 6238 4504 atau emel ke info@pusara.sg.
  • Muis perlu diberitahu secara bertulis mengenai sebarang pertukaran alamat atau nombor telefon.
  • Kecuali diminta, batu nisan (jika ada) akan dilupuskan 2 minggu sebelum tarikh penggalian.
  • Kubur akan digali sehingga tanah asal (liang lahad) untuk mendapatkan tinggalan mayat, jika ada.
  • Sisa jenazah akan dikafankan dengan kain putih secara individu dan dikebumikan semula.
  • Tiada bacaan ‘Talkin’ untuk sisa jenazah kerana tiada keperluan dari segi agama.
  • Sisa jenazah akan segera dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang untuk pengebumian semula setelah penggalian selesai.
  • Sisa jenazah akan dikebumikan semula mengikut garis panduan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA):
    • 8 sisa jenazah dalam satu plot bagi kubur yang dituntut.
    • 16 sisa jenazah dalam satu plot bagi kubur yang tidak dituntut.
  • Penuntut akan menerima dokumen daripada Muis tentang lokasi sisa jenazah yang telah dikebumikan semula (termasuk nombor blok dan plot kubur baru).
  • Bagi pertanyaan mengenai pengebumian semula si mati dari fasa-fasa yang lalu, hubungi NEA di talian 6793 7428.
  • Sisa jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang pada hari yang sama dengan hari penggalian.
  • Penuntut boleh menyaksikan pengebumian semula sisa jenazah.
  • Penuntut boleh juga mewakilkan Muis untuk pengebumian semula melalui surat kebenaran.
  • Kubur tersebut akan direkodkan dan dikategorikan sebagai ‘kubur yang tidak dituntut’.
  • Sisa jenazah akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang.

Ya. Penuntut yang bercadang untuk mengebumikan semula sisa jenazah di luar Singapura boleh memohon Permit Keranda untuk dieksport dari NEA di alamat berikut:

Port Health Office
4545 Jalan Bukit Merah
Singapore 159466

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 6222 2585.
Kos eksport akan ditanggung oleh penuntut.